Sulit
3 tahun
Ingin mengetahui status sifilis
hi dr. sy ingin bertanya,sy reactive sifilis, tapi suami sy non reactive, bacaan terakhir TPHA saya 1:2 selepas mendapatkan suntikan antibiotik penicilin di klinik. anak pertama saya tiada masalah. persoalan nya, jika saya hamil kali kedua adakah sifilis saya masih reactive atau non reactive? adakah saya perlu mendapatkan suntikan pencilin lagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang penyakit sifilis. Untuk makluman anda, penularan sifilis dari ibu ke bayi dalam kandungan boleh terjadi, dipanggil sifilis kongenital. Sifilis kongenital disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum, ia merupakan penyakit yang diturunkan dari ibu ke anak semasa perkembangan janin atau semasa kelahiran. Kesan buruk penularan sifilis ibu ke anak dapat dicegah dengan pemeriksaan antenatal dan terapi atau suntikan penisilin.
Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih