Sulit
4 tahun
Faraj naik bintik2 merah dan putih
Saya wanita 28 tahun sudah berkahwin. Lepas bersama suami saya mendapati bintik2 merah seperti benjolan air(tidak pasti) pada sabtu 8 feb 20 dan pada 9 feb 20 saya mengalami demam panas 38°c ke 39°c . Bintik2 merah pada mulanya diluar bibir faraj dan bertambah banyak sehingga ke dalam faraj. Bintik2 merah dan berwarna putih akhirnya akan pecah menyebabkan melecet atau ulser. Sehingga membuatnya sakit keterlaluan… berserta lelehan keputihan berwarna susu pekat manis.
Adakah pekara ini berbahaya atau boleh di rawat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik-bintik merah di faraj disertai demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan sifilis
- herpes
- akibatan erupsi ubat
- trauma akibat pergerakan semasa aktiviti seksual dan lain-lain
- penyakit autoimun seperti psoriasis ataupun Behcet
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih