Sulit
3 tahun
Penghidap HIV dan Syphillis
Hi, sy pengidap HIV . Dan syphillis . Sekarang bahagian kemaluan saya seperti luka . Tumbuh biji2 air dan pecah jadi luka . Boleh saya tahu , apa ubat yg perlu ambil untuk hilangkan luka di kemaluan . Ianya sakit membuat sy tak blh bergerak dan tidur . penuh di bahagian keliling kemaluan
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda adalah pesakit HIV serta sifilis. Kini gejala sifilis berulang pada bahagian kemaluan dan anda ingin tahu ubat yaang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Sifilis hanya boleh diubati dengan antibiotik. Ini bermaksud, tiada rawatan tradisional atau ubat yang di jual di farmasi untuk rawatan penyakit ini. Antibiotik yang diperlukan hanya boleh diberikan oleh doktor di klinik atau hospital.
Bagi maklumat lanjut, kami menyarankan agar anda berhubung dengan doktor kami secara atas talian atau membuat temujanji dengan klinik panel kami. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.