
Sulit
3 tahun
Kelesuan badan, pening kepala, mata berat, sakit perut dan kerap lapar
Hi, sejak beberapa hari ni, saya mengalami kelesuan badan, mata rasa berat, pening kepala, sakit perut dan kerap lapar. Walaupun saya cuba cukupkan rehat dan tidur, tetap mengalami masalah yg sama selepas bangun tidur. Bagaimana untuk saya tangani masalah ini ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kencing manis
- Penyakit kelenjar
- Penyakit pada sistem pencernaan
- Ketidakseimbangan hormon
- Kesan sampingan sesetengah perubatan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Perubatan.