
mayaanatasyaa
4 tahun
Keluar darah coklat sedikit selepas seminggu habis haid
saya risau sebab seminggu lepas habis haid, ada darah coklat keluar. mengapa ini terjadi? saya risau akan hal kesihatan lain. ini pertama kali saya perasan. apa patit dsaya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah spotting (keluar cecair coklat) ini boleh disebabkan oleh banyak sebab dan boleh menjadi perkara normal ataupun tidak. Pada akhir-akhir atau permulaan haid, aliran darah yang keluar dari rahim adalah lebih perlahan. Ini menyebabkan darah tersebut teroksida dan berwarna merah gelap ke coklat. Selain itu, punca pendarahan coklat yang lain ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.