
baiduri.nazihah
5 tahun
Keputihan berwarna hijau dari faraj
saya berumur 19 tahun dan mengalami keputihan yang sangat teruk semenjak 6 bulan yang lepas. saya pernah pergi ke klinik untuk bertanya berkenaan ini sebab saya mengalami kegatalan yang teruk jugak dan saya diberi ubat untuk dimasukkan dalam faraj. tetapi ianya tidak berapa berkesan malah semakin lama menjadi lebih teruk. sebelum ini cecair yang keluar adalah pekat dan banyak. baru baru ini keputihan saya menjadi seperti tekstur cheese sebab ianya semakin pekat. dan hari ini cecair itu menjadi lebih pekat malah warnanya berwarna hijau. saya ibaratkan tekstur dan warnanya seperti avocado yang sudah dilenyekkan. adakah perkara ini perlukan saya membuat rawatan dengan cepat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, keputihan berwarna boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Memandangkan masalah ini terkait jangkitan, justeru ya, anda perlukan pengubatan dan rawatan sesegera mungkin sebelum masalah memburuk. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.