
Sulit
4 tahun
Keputihan berwarna kuning pekat
Saya wanita berumur 21tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah keputihan dan semenjak sebulan lalu, keputihan yg sy alami bertukar kepada warna kuning dan agak pekat tekstur nya tetapi saya tidak merasa gatal. Dan saya juga tidak boleh kalau tidak memakai panty liner kerana ia sentiasa keluar menyebabkan saya rasa sangat tidak selesa. Di manakah saya boleh mendapatkan rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda boleh pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan awal. Namun sekiranya anda masih mempunyai gejala dan ia mengganggu anda, anda boleh pergi ke klinik untuk meminta surat rujukan doktor pakar atau membuat janji temu bersama doktor pakar di hospital swasta.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan mengapa seseorang mengalami masalah keputihan:
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Bacterial vaginosis
- Penjagaan kemaluan dan kawasan sekitar yang kurang memuaskan
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
- Cervicitis
- Vaginitis
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.