
Sulit
4 tahun
Lendir atau keputihan berwarna coklat cair
Saya berumur 20an, 2hari lepas ada darah berwarna coklat cair di pantyliner saya dan semalam ada keputihan berwarna coklat cair di pantyliner. Sebab apa perkara itu terjadi ye? bahaya ke doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai pengeluaran keputihan dan lendir berwarna coklat bercampur dengan darah melalui faraj anda. Untuk makluman anda, masalah ini mungkin adalah perkara yang tidak serious dan hanyalah normal bagi segilintir wanita.
Gejala pengeluaran lendir berwarna coklat ini boleh disebabkan oleh darah yang tersimpan ketika haid lepas yang bertakung di dalam kawasan rahim. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit yang serius seperti:
- Ovulation spotting. Ia merupakan suatu perkara yang berlaku ketika anda tengah subur
- Jangkitan kuman pada rahim atau vagina ( sexual transmitted infections )
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Kanser serviks
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain yang berbahaya seperti:
- Pengeluaran lendiran coklat yang berlarutan selama berminggu-minggu
- Sekiranya ia sentiasa berlaku ketika selepas hubungan intim
- Mempunyai bau yang busuk
- Senggugut yang terlalu sakit
- Kegatalan pada kawasan faraj.
Untuk mengetahui lanjut, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.