
Anonymous
5 tahun
Ludah kadang berdarah
Saya wanita awal 30an… Kebelakangan ni sejak puasa.kalau saya meludah air liur kadang2 ada campur darah. Adakah ia disebab kan gastrik yang saya alami? Ia petanda gerd Ke?

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Menurut penyataan anda, air liur bercampur darah boleh disebabkan oleh
- pendarahan gusi - kerana jangkitan (gingivitis) atau masalah pembekuan darah
- pendarahan tekak - kerana batuk dan kekeringan
- pendarahan sebab gastrik.
Simptom GERD (Gastroesophageal reflux disease) biasanya adalah rasa pedih ulu hati dan dada (biasanya pada waktu malam dan selepas makan), rasa masam, kesukaran untuk menelan makanan dan rasa tidak selesa dalam tekak. Pendarahan jarang berlaku dalam GERD.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih