
Sulit
4 tahun
Lutut rasa ngilu dan sakit
Saya remaja perempuan yang berumur 16 tahun saya pemain handball saya pernah mengalami sakit lutut yang ngilu beberapa bulan lepas tetapi ia hilang sekejap and lately ni lutut saya selalu sangat ngilu dan rasa seperti dicucuk ketika sedang rehat lagi lagi ketika cuaca sejuk dan hujan ia juga datang ketika saya sedang duduk but there no swelling or any bruise ia juga sering berbunyi seperi crunchy dan pop sehingga menganggu aktiviti harian saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, sakit lutut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bursitis ialah keradangan pada kantung yang berfungsi sebagai kusyen di lutut.
- Anterior cruciate ligament (ACL) ataupun medial collateral ligament terkoyak yang mana sakit akan muncul tiba-tiba. Yang kedua biasanya timbul akibat putaran yang berlebihan.
- Meniscus terkoyak biasanya akibat kecederaan lokal, sakit timbul saat bergerak
- Patellofemoral pain syndrome adalah rasa sakit yang timbul apabila lutut terlebih guna ( overuse ) sehingga cedera
- Tendonopathy akibat masalah tendon
- Osteoarthritis yang timbul akibat berat badan berlebihan sehingga beban berat terhadap lutut tinggi
Bagi membantu proses mencari penyakit sebenar yang mendasari gejala yang anda alami, terdapat banyak persoalan yang harus ditanyakan dan maklumat tambahan yang diperlukan. Justeru, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda digalakkan untuk merujuk doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.