
Sulit
4 tahun
Makanan yang dianjurkan bagi pesakit hipertiroid
Sy seorang pesakit hipertiroid,sy mnghidapnya selama brbulan2 dan smpailah sekarang…mnurut doctor,apakah makanan yg patut sy konsumsi utk mengurangkan hipertiroid saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda harus mengelakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti garam iodin, ikan dan kerang, rumpai laut, makanan atau minuman tenusu, telur kuning. Minuman yang mengandungi kaffein akan menerukkan masalah hipertiroid anda. Anda disarankan untuk makan makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D.
Bagi pesakit hipertiroidisme, metabolisme badan mereka meningkat dan menyebabkan mereka selalu lapar dan perlu makan dengan kerap. Pemakanan yang seimbang digalakkan. Mereka harus mengambil makanan yang rendah kolesterol, makanan berprotein, dan kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans.
Pengambilan makanan yang manis harus dikawal kerana pesakit hipertiroidisme mengalami masalah pencernaan gula. Mereka juga perlu meningkatkan pengambilan kalori untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar endocrinologist boleh membantu anda menghadapi masalah tiroid.