
Sulit
5 tahun
Mandi dalam bekas ada tahi tikus
Salam doktor saya dalam umur 48 tahun,masalah saya mandi dibilik air dan saya takung air dalam bekas yang sederhana besar.Saya tak perasan dalam takung air itu ada tahi tikus.setelah siap mandi baru saya sedar.adakah ianya boleh beri kesan kencing tikus ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, mana-mana punca air yang disyaki mempunyai jejak tikus sememangnya berpotensi untuk dicemari dengan penyakit kencing tikus. Oleh itu anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai gejala seperti:
- Demam sangat panas
- Sakit kepala
- Lemah badan
- Batuk dan sakit dada
- Kekuningan
- Batuk berdarah
Jika kesemua atau sebahagian daripada gejala ini berlaku, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dan memberitahu akan perkara ini. Sekian.