bigbrain

6 tahun

Masalah ejakulasi

Saya berumur 27 tahun dan ada masalah ejakulasi pramatang.ada keadaan saya boleh bertahan lebih 1 minit tapi kurang dari 3 minit.tapi kadang2 kurang dari satu minit.setiap kali bersetubuh mesti jadi begini.bagaimana saya nak dapatkan rawatan ye?.

Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah encik dengan kami. Masalah ejakulasi pramatang adalah salah satu masalah kesihatan yang dialami dalam kalangan lelaki berumur kurang 40 tahun. Kebanyakan penghidap masalah ini adalah disebabkan faktor psikologi atau emosi dan bukan berkaitan dengan masalah kesihatan tubuh atau organ seksual itu sendiri.

Seperti yang encik kongsikan, penghidap masalah ejakulasi pramatang selalunya mencapai tahap ejakulasi dalam lingkungan minit pertama melakukan hubungan seksual dengan pasangan. Masalah ini boleh terjadi sejak kali pertama melakukan hubungan seksual, dan berlarutan hingga seumur hidup. Terdapat sesetengah penghidap masalah ini yang pada mulanya mencapai tahap ejakulasi normal, tetapi menghidap masalah ini kemudiannya.

Seperti yang saya terangkan sebelum ini, dalam kebanyakan penghidap masalah ini ianya adalah berpunca daripada masalah psikologi dan emosi serta tidak melibatkan apa-apa masalah kesihatan tubuh. Namun begitu masalah kesihatan seperti masalah ereksi turut boleh menjadi punca ejakulasi pramatang. Hal ini berlaku kerana penghidap masalah ereksi akan cuba untuk mencapai ejakulasi sebelum hilangnya ereksi pada organ seksual.

Oleh itu, saya sarankan agar encik berjumpa doktor untuk mengenal pasti punca masalah ini. Sekiranya masalah yang dikenalpasti adalah berkaitan psikologi atau emosi, anda akan dirujuk kepada pakar kaunseling untuk sesi kaunseling dan terapi. Adalah dinasihatkan agar pasangan encik datang bersama-sama untuk bertemu doktor dan sesi rawatan.

Terima kasih untuk Soalan encik. Sebelum menjawab soalan encik, saya memerlukan beberapa lagi maklumat tentang diri encik dan maklumat lain yang berkaitan. Maklumat ini sangat penting untuk saya membantu encik bagi merawat ejakulasi pramatang. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang mengalami ejakulasi pramatang.

Gaya hidup tidak sihat, obesiti, merokok, penyakit kronik sedia ada, cemas, panik, depresi dan berbagai-bagai lagi factor yang menyumbang kepada masalah ini. Oleh itu sangat penting untuk doktor mengetahui maklumat-maklumat yang berkenaan untuk mengenal pasti punca sebenar encik mengalami masalah dan seterusnya memberi rawatang yang sepatutnya. Jika encik merasa murung, keadaan ini boleh menyumbang kepada ejakulasi pramatang. Dapatkan rawatan untuk depresi atau kemurungan dan ini mungkin boleh merawat ejakulasi pramatang. Encik juga boleh mencuba untuk menjadi lebih aktif dan makan makanan yang berkhasiat dan melebihkan buah-buahan seperti tembikai dan oren kerana ini mampu merawat masalah ejakulasi pramatang.

Jika keadaan ini masih tidak berkesan, dan masalah ejakulasi pramatang ini sangat menganggu encik dan pasangan, encik boleh membuat temu janji dengan doktor dan psikoterapi seksual. Mereka akan mencadangkan beberapa Teknik latihan dan senaman yang boleh merawat ejakulasi pramatang. Terdapat juga beberapa senarai ubat – ubatan yang boleh digunakan untuk merawat ejakulasi pramatang. Akan tetapi ubat-ubatan ini memerlukan preskripsi dari doktor yang bertauliah.

Dr Ilias,

6 tahun

Hi, terima kasih untuk soalan anda.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya ejakulasi pramatang. Sebagai contohnya, masalah genetik atau keturunan, ketakutan, rasa bersalah, bimbang tentang prestasi, keradangan/jangkitan di prostat dan lain-lain. Rawatan ejakulasi pramatang perlu diiringi oleh soal jawab serta pemeriksaan yang diperlukan yang boleh dilakukan oleh doktor pakar.

Kebiasaannya, rawatan ejakulasi pramatang boleh dibahagikan kepada rawatan perubatan dan rawatan tanpa ubat atau psikologi ataupun kedua-duanya sekali bergantung kepada keadaan pesakit. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan ubat-ubatan seperti perencat reaktif serotonin terpilih dan krim topikal secara konsisten adalah sangat efektif. Kondom juga boleh digunakan semasa bersama untuk mengurangkan sensitiviti dan mengelakkan pancutan awal. Senaman kegel juga membantu kedua-dua pasangan. Senaman kegel boleh dilakukan dengan membantu pasangan anda menekan kawasan yang dikenali sebagai perineum (satu kawasan di antara testikel dan punggung) menggunakan dua jari.

Akhir sekali, sokongan moral dan perasan kasih sayang sesama pasangan suami isteri adalah isu penting yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Seterusnya, masalah ini juga boleh ditangani dengan pengetahuan tentang penyakit dan jaminan bahawa masalah ejakulasi pramatang adalah sesuatu yang boleh dirawat.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)