sakhawithaqif232
5 tahun
Masalah jantung bengkak
Doktor. Saya ingin mendapat tahu petunjuk dan nasihat yang perlu saya berikan kepada kawan saya. Katanya dia masa itu ingin pergi ke kedai makanan. Katanya masa itu, dia rasa penat dan mengantuk sehingga tak sedar apa jadi. Dan jatuh motor. Nasib kawan dia mengikut dia dari belakang. Kata mereka , kawan perempuan saya pengsan atas motor. Dan doktor tekan dada dia berapa kali dan masih tak sedar sehingga tumbuk sedikit dada dia baru dia tersedar. Saya risau akan kesihatannya. Katanya makin kritikal. Dan dia masa lahir memang ada masalah jantung berlubang…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk masalah beliau, ianya disarankan untuk beliau kurangkan membuat aktiviti atau kerja berat dan banyakkan berehat. Jika masalah berlanjutan, ianya disarankan untuk mendapatkan nasihat pakar jantung.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!