
Sulit
4 tahun
Masalah keputihan yang meembuatkan miss v berbau, kegatalan dan juga keradangan
Hi saya berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya mempunyai masalah keputihan yang banyak. Ia juga membuatkan miss v saya berbau,gatal dan meradang. Bolehlan doktor memberi cadangan ubat apakah di Guardian, Watson atau farmasi lain yang boleh merawat masalah keputihan dan kegatalan miss v

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Ciri-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Keputihan bukan lah satu penyakit malah ianya ialah gejala bagi penyakit tertentu. Sekiranya keputihan anda ialah keputihan patologi maka ia boleh menyebabkan period terganggu. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera jika masalah ini berlarutan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara percuma. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.