
Sulit
3 tahun
Pd hari khamis minggu lepas saya mengalami renjatan elektrik ketika mencabut charger fon dgn tangan yg masih basah
Saya mengalami renjatan elektrik pd minggu lepas. Selepas itu sy mengalami sakit kepala dn sdikit demam sehari. Skrg dh okay, cuma tgn kiri yg terkena renjatan akan rasa sakit dn lenguh bila melakukan kerja berat. Normal ke mcm ni? Atau sy perlu ke klinik utk pemeriksaan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa gejala yang boleh berlaku jika terkena renjatan elektrik seperti:
- Pengsan
- Rasa kebas atau lenguh
- Susah bernafas
- Sakit kepala
- Masalah penglihatan dan pendengaran
- Melecur
- Sawan
- Degupan jantung yang tidak normal
Jika anda mengalami mana-mana gejala yang telah dinyatakan, anda perlu segera berjumpa dengan doktor di mana-mana klinik berdekatan. Jika anda mengalami kesan melecur pada tangan atau jari anda, anda perlu ke wad kecemasan, jika tidak anda boleh ke klinik berdekatan untuk memastikan tiada kecederaan lain.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.