
Sulit
3 tahun
Penggunaan Norethisterone
Benarkah orang yg hamil jika makan norethisterone takkan keluar darah? Walaupun consume makan sehingga habis? Jika makan dan beberapa hari kemudian keluar darah ini bermakna itu darah period? Dan confirm ini bermaksud tidak hamil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pil yang mengandungi Norethisterone digunakan untuk mencegah kehamilan dan ianya tidak boleh diambil ketika hamil kerana risiko keguguran. Keguguran yang disengajakan atau tanpa sebab kesihatan boleh membahayakan nyawa kerana risiko pendarahan yang banyak. Kehamilan dan pengambilan Norethisterone akan menyebabkan ketiadaan haid. Jika sudah termakan pil tersebut ketika disahkan hamil, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan kandungan. Bagi orang yang tidak hamil, pengambilan Norethisterone sehingga habis akan disusuli dengan pendarahan haid selepas itu manakala jika diamil oleh orang yang hamil, pendarahan yang berlaku mungkin disebabkan keguguran.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut sekiranya anda masih kurang jelas. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.