
Sulit
4 tahun
Penyakit herpes zoster
saya berumur 39 tahun…2-3 hari nie saya dapati badan saya gatal-gatal…bila saya check di klinik kesihatan doktor maklumkan saya mungkin terkena penyakit kayap ular ataupun herpes zoster…saya juga ditumbuhi kelenjar di leher…saya amat risau dengan keadaan saya ini kerana dari apa yang saya semak melalui google ini adalah tanda2 penyakit hiv…saya tidak pernah terlibat dgn aktiviti yg berisiko…sy amat stress memikirkannya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Berdasarkan keterangan yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang dihadapi. Untuk maklumat anda,Herpes Zoster ataupun shingles, merupakan sebuah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus yang bernama Varicella-zoster virus. Virus ini juga ialah virus yang menyebabkan Chicken Pox yang akan dialami seseorang sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Walaubagaimanapun, virus tersebut boleh tersimpan dalam badan dalam keadaan inactive dan beberapa virus tersebut boleh diaktifkan semula sehingga menyebabkan penyakit Herpes Zoster sekiranya tidak mengambil vaksin. Herpes zoster mempunyai ciri-ciri berikut:
- Demam dan kurang selera makan
- Ruam kemerahan dan menimbul pada kulit
- Ketumbuhan kelenjar
- penumbuhan vesikular (kerak kemerahan)
Namun, penyakit HIV merupakan sebuah penyakit berjangkit yang boleh merebak melalui :
- Hubungan seksual
- Pencampuran darah atau jarum
- Pencampuran cecair badan
HIV mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti herpes zoster, iaitu:
- Demam dan menggigil
- Kemerahan kulit
- Berpeluh malam
- Keletihan dan tekak sakit
- Ketumbuhan kelenjar
- Ulser mulut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kembali masalah ini kepada doktor yang berhampiran dengan anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.