
Sulit
5 tahun
Pertumbuhan bulu yang sangat banyak diseluruh badan
Saya remaja lelaki berusia 17 tahun…saya mengalami masalah mempunyai bulu yang banyak dan lebat sangat…saya berasa sangat tidak Normal kerana seluruh anggota badan saya mempunyai bulu…saya mengalami perkara ini sejak saya berumur 10 lagi malah pada umur 10 tahun saya dah mempunyai misai dan janggut…saya sangat tidak selesa dengan bulu yang tumbuh dgn lebat dan panjang…Apakah yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- normal bagi remaja yang baru akil baligh
- genetik (ahli keluarga juga mempunyai masalah yang sama)
- ketumbuhan yang menghasilkan hormon testosteron berlebihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.