
Sulit
4 tahun
Pregnancy test semakin blur di bhgian T, C masih pekat
I 28 tahun. Baru first time buat pregnancy test. Saya last period 7/7/20. I buat test slps 2 mggu lewat nampak double line tp T pekat, C kabur. Setelah 2 mggu i buat lagi. Double line pekat utk T & c. Pergi buat scan dctr kata masih terlalu awal. N tak nmpk. On 1/9/20 i buat pregnancy test Line C masih pekat, line T mulai merah cair dr sblum ni merah pekat. Adakah i pregnant ataupun tidak. I buat scan dctr masih ckp awal n tak jelas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Untuk makluman anda, cara yang paling penting untuk mengesahkan kandungan dalam rahim anda ialah melalui imbasan ultrasound. Bayi akan lebih nyata pada minggu keempat sehingga keenam. Terdapat beberapa penyebab keputusan ujian kehamilan air kencing anda boleh samar-samar:
- Air kencing yang anda gunakan untuk ujian kehamilan bukan pada awal pagi, iaitu apabila hormon kehamilan paling tinggi
- Anda salah menggunakan ujian tersebut-sila baca arahan yang diberi oleh syarikat ujian kehamilan tersebut dan ikut dengan rapi. Hal ini kerana, setiap ujian kehamilan mungkin berbeza cara penggunaannya
- Anda mengandung luar rahim- kandungan luar rahim akan mempunyai kadar hormon kehamilan yang lebih rendah berbanding yang biasa
- Keguguran awal kehamilan
Oleh itu, anda disarankan untuk menjalani pemeriksaan kehamilan menggunakan imbasan ultrasound sekali lagi. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.