
Sulit
4 tahun
Rasa sakit dan ngilu di belikat kiri
Sy lelaki umor 36thn…sy ada mengalami sakit belakang dkt area belikat,bahu(trapezius) dan leher sebelah kiri. Lbh kurang dh 2 bulan lebih. Sakitnya tu rasa mcm ngilu sgt dan mencucuk2 especially bila nak tdo. Sampai sy terpaksa tido mengiring or meniarap shj…Sy da cuba urut tradisional dan kiropraktik…tp semua tu hanya lega utk 1 malam shj…if check klinik pon,diorg bagi pain killer shj…lately, sy slalu sendawa/kentut non stop…dah mkn ubat angin pon still sama gak situasi…klu badan angin,tekkan sampai 3 minggu still macamni…harap doc boleh bantu bg pencerahan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, masalah anda perlu diperiksa dengan lebih mendalam seperti ujian secara fizikal. Disebabkan kekurangan maklumat, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Oleh itu, ini hanyalah keterangan am punca-punca sakit bahu yang berpanjangan, antaranya:
Sindrom tendonopati iaitu kelainan rasa sakit dan biasanya bengkak pada tendon bahu akibat penggunaan berlebihan yang timbul terutamanya saat mengangkat barang atau beban
Subacromial bursitis keradangan bursa bahu. Bursa adalah merupakan kantung cairan yang berfungsi seperti kusyen diantara tulang bahu
Adhesive capsulitis adalah keradangan kapsul bahu iaitu sejenis tisu yang membungkus daerah bahu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.