
Sulit
3 tahun
Sakit bahagian pinggul
Sy lelaki sy rasa sakit di bahagian pinggul…jika sy gerak kan peha terasa sperti urat bergerak di bahagian pinggul…apakah sebabnya doc…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, berkaitan dengan masalah pada sistem otot dan tulang anda. Sakit di bahagian pinggul boleh disebabkan oleh ketegangan otot bahagian pinggul, peradangan pada sendi antara tulang belakang dengan panggul, keradangan sendi pinggul, jangkitan sendi pinggul, patah tulang, gangguan saraf bahagian pinggul dan ketumbuhan dari tulang.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah pada sistem otot dan tulang serta gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut.
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar tulang.