
Sulit
4 tahun
Sakit bila dongak atas & tengok bawah
saya mengalami sakit di bahagian leher dah bahu sejak semalam…bila saya nk tngok bawah @ pandang atas rse sakit di bahagian bahu kiri & kanan… dan benda ni agak kerap berlaku… apa puncanya dr?mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di bahagian leher dan bahu. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit yang anda alami mungkin disebabkan oleh:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
Bagi mengelakkan perkara sebegini terus berlaku, anda boleh melakukan perkara berikut:
- Mengangkat benda berat dengan teknik yang betul
- Mengekalkan berat ideal
- Tidak duduk pada tempoh yang panjang: renggangkan badan setiap 10 minit
- Duduk, berdiri dan berjalan dengan postur yang betul
- Lakukan senaman
Sekiranya masalah yang anda alami berpanjangan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih