serasheena
2 tahun
Sakit di bawah ketiak
Helo.Saya wanita berumur 17 tahun mau tanya tentang kesakitan yang saya alami 1 hari yang lalu.Saya tidak tahu itu benjolan atau bukan kerana apabila ditekan bahagian sakit rasa seperti benjolan kecil.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Biasanya benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh:
- Foliculitis : Jangkitan pada folikel rambut. Disebabkan bahagian ketiak yang berlipat, mudah berpeluh dan memudahkan bakteria membiak, ini memudahkan masalah ini berlaku.
- Tindakan sering bercukur juga boleh menyebabkan luka dan jangkitan atau keradangan
- Benjolan lemak atau tisu fiber
- Bengkak pada kalenjar limfa
Kuman penyebab jangkitan boleh berpindah melalui sentuhan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.