Anonymous
2 tahun
Ketiak basah setiap hari
Saya umur 15 tahun dan saya bersukan …saya banyak berpeluh and cepat keluar penuh …tetapi setiap hari atau masa ketiak saya asyik basah dan berpeluh …kekadang pakai baju nampak ketiak basah…saya malu…boleh doktor jelaslan kenapa? Dan bagaimana ia boleh berlaku dan apakah cara yang boleh saya lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, banyak peluhi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit neurologi atau neoplastik
- Penyakit metabolik (contohnya, thyrotoxicosis, diabetes mellitus, hypoglycemia, gout, pheochromocytoma, menopause)
- Demam
- Ubat
- Alkoholisme
- Penyakit Hodgkin
- Tuberkulosis (dalam hiperhidrosis pada waktu malam)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.