Anonymous
2 tahun
Bawah ketiak sakit ketika melompat
hi , saya wanita berumur 18 tahun . baru baru ini saya menyertai senamrobik. ketika lompat bintang , saya merasakan bawah ketiak sebelah kanan saya sakit . saya mempunyai payudara sebelah kanan lebih besar dari kiri .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan memandangkan maklumat yang anda berikan adalah terhad. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit yang anda alami pada bawah ketiak anda, antaranya:
- Kecederaan otot atau saraf ketika melakukan senaman
- Sakit pada bahagian ketiak disebabkan radang pada kulit atau struktur sekitarnya
Saya juga tidak boleh membuat kesimpulan jika kesakitan tersebut adalah berkaitan dengan payudara anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.