Anonymous
2 tahun
Ketulan kecil pada ketiak
Saya wanita berusia 26tahun. Sejak 3 bulan lepas, saya berasa sakit dan saya mendapati terdapat ketulan kecil di bahagian ketiak kanan saya. Ianya akan terjadi selepas period setiap bulan. Sampai satu tahap, sakit itu menjalar hingga satu tangan saya sakit dan rasa lenguh. Saya ada melakukan self breast examination, dan tidak ada sebarang ketulan di payudara saya. Adakah ini tanda-tanda kanser payudara? Apa yang perlu saya lakukan untuk masa ini?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini.Antaranya ialah:
- Infeksi
- Lipoma – kumpulan sel sel lemak
- Fibroadenoma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!