nurraihann97
2 tahun
Ketulan biji dalam ketiak
Nenek saya berumur 70-an ada ketulan biji dalam ketiak. Dulu waktu check di hospital tahun 2003 Dr pernah kata itu tiada apa dan ketulan tu dalam 1cm. Tapi sekarang ketulan tu sudah jadi lebih besar agak agak dalam 3cm dan nenek saya kata tak sakit… Seteleh jumpa dengan Dr di klinik, Dr suruh pergi ke hospital untuk rawatan lanjut dan check jika ada cancer atau tidak Tapi sekarang nenek saya tak mahu pergi ke hospital. Mcm mana ya? ada simptom yg serius ke jika ada ketulan itu? Adakah kemungkinan nenek saya hidap cancer? Sebab dalam family tiada sejarah cancer. Terima kasih
5 tahun
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah agak umum. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Terdapat pelbagai sebab dan penyakit yang menyebabkan ketulan di ketiak umpamanya
- kelenjar peluh membesar
- noda limfa membesar
- lipoma
Kebiasaannya kanser datang bersam simptom berikut seperti
- susut berat badan tanpa sebab munasabah
- hilang selera makan
- bengkak membesar mendadak dalam masa yang singkat
- kerap demam
- sakit pada tulang, kerap batuk, sesak nafas
Oleh itu, kami menasihatkan nenek anda ke hospital untuk pemeriksaan diagnostik semasa untuk memastikan ia bukannya sesuatu yang berbahaya supaya rawatan awal dapat dijalankan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih