Anonymous
5 tahun
Sakit di bahagian bawah ketiak
Saya wanita berumur 20an . Sbenarnya baru2 ni sy jatuh main futsal . 2 3 hari lepas jatuh tangn belah kanan sy kalau angkat shaja dia akn sakit dia bwah ketiak . Dia breast dan sebagainya . Kejap sakit kejap okay . Kalau sakit . Sakit sngat2 . Kdg2 malam jadi . Kdg2 pagi
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Namun begitu, kesakitan anda boleh berpunca daripada kecederaan yang dialami ketika terjatuh. Ini boleh disebabkan oleh kecederaan pada saraf, otot dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih