Anonymous
2 tahun
Bengkak pada bahagian ketiak serta bernanah
saya mengalami bengkak serta bernanah dibahagian ketiak. pada mulanya hanya 1, makin lama semakin banyak bengkak & nanah tersebut serta berasa pedih. sakit ini disebabkan apa?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
- Kelenjar limfa yang membesar akibat jangkitan
- Jangkitan yang berlaku pada struktur kulit, seperti folliculitis
- Kelenjar limfa yang membesar akibat kanser seperti kanser payudara, kanser paru-paru dan limfoma. Sel-sel kanser boleh menyebar ke kelenjar limfa dan menyebabkannya membesar.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!