Amir

6 tahun

Sakit kepala sebelah sahaja dan turun ke belakang kepala

sakit kepala sebelah sahaja, bila urut bahagian kepala, akan sendawa.
sekarang ia dah turun ke bahagian belakang kepala.
boleh saya tahu, adakah ini sakit kepala ““migrain””

Salam sejahtera. Terima kasih dia atas soalan anda.

Serangan migrain kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Pesakit migrain sangat sensitif terhadap bunyi, cahaya, sehingga mengalami rasa sakit dan berdenyut dalam kepala. Terdapat beberapa jenis migrain iaitu migrain tanpa aura, migrain dengan aura dan aura migrain tanpa sakit kepala. Migrain tanpa aura berlaku tanpa apa-apa tanda.

Kebiasaanya pesakit telah megalami sejarah diserang migrain sebanyak 5 kali. Migrain dengan aura pula iaitu mempunyai tanda-tanda yang dirasakan sebelum migrain seperti masalah penglihatan (kilauan cahaya pada mata), kekakuan pada leher dan kesemua anggota tubuh. Aura migrain tanpa sakit kepala pula merangkumi tanda-tanda migrain sahaja.

Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor jika telah mengalami serangan migrain lebih daripada lima kali dalam sebulan kerana bimbang akan penyakit yang lebih serius. Elakkan daripada mengambil ubat tahan sakit secara berterusan kerana ia akan lebih menyulitkan lagi kesembuhan sakit kepala walaupun ia dapat melegakan migrain. Antara penyebab migrain adalah pengambilan seperti kafein yang berlebihan, alkohol, terkejut dan stress, bunyi yang kuat atau berterusan dan perubahan hormon dalam putaran haid.

Dr Ilias,

5 tahun

Hi, terima kasih atas soalan anda. Jikalau anda telah mempunyai sakit kepala sebegini, sila berbincang dengan doktor anda tentang sebab-sebab sakit kepala anda. Bagi sakit kepala sebelah sahaja, ia boleh disebabkan oleh sakit kepala ketegangan, sakit kepala kluster dan migrain. Secara amnya, migrain merupakan sebab sakit kepala sebelah yang paling biasa dalam populasi kita, diikuti oleh sakit kepala kluster dan sakit kepala ketegangan.

Sakit kepala sebegini diklasifikasikan sebagai sakit kepala primari kerana ia tidak mempunyai kondisi medikal yang menyumbang kepada sakit kepala ini. Tetapi terdapat beberapa jenis kondisi yang boleh menybabkan sakit kepala sebelah, seperti temporal arteritis, occipital neuralgia dan trigeminal neuralgia.

Bagi sakit kepala kluster pula, ia mempunyai corak mengikut musim dan pesakit mudah melupai kesakitan tersebut. Ia berkaitan dengan masalah sistem saraf dalam otak anda. Ia boleh menjadi lebih serius berbanding dengan migrain tetapi kondisi ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, diagnosis bagi sakit kepala anda hanya boleh ditentukan selepas pemeriksaan daripada doktor anda.

Selamat pagi dan terima kasih kerana menghubungi kami mengenai isu kesihatan anda. Dari soalan anda, ianya seperti anda mengalami serangan migrain. Ciri-ciri lain sakit kepala migrain yang biasa ialah anda akan merasakan sakit kepala pada satu sisi yang tidak berdenyut atau berdenyut. Kadang-kala dalam kes-kes yang serius, pesakit mungkin juga mengalami mual dan muntah-muntah. Kebanyakan penghidap migrain tahu keadaan mereka dengan baik, dan menyedari faktor-faktor pencetus serangan migrain dan kehadiran aura yang mengiringi sakit kepala mereka.

Jika ini adalah kali pertama anda mengalami simptom-simptom ini, adalah lebih baik untuk mendapatkan diagnosis yang betul dengan berunding dengan pakar perubatan atau doktor di klinik atau hospital yang berdekatan.

Anda tidak perlu risau kerana migrain adalah masalah biasa yang dihadapi oleh ramai orang di seluruh dunia. Ia adalah penyakit yang boleh diurus, dengan pelan dan sikap yang betul, pesakit biasanya akan pulih dengan baik dan dapat menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Jika migrain anda semakin kerap, atau jika sakit menjadi lebih teruk, anda harus memberitahu doktor dengan kadar yang segera.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)