
Sulit
4 tahun
Sakit ketika hendak angkat tangan dan juga kaki
saya lelaki berumur 21 tahun , saya ada masalah apabila saya nak angkat tangan or iaki terasa seperti urat tegang dan sakit untuk angkat. untuk berjalan pon rasa sakit oada urat ,jadi boleh saya thu apa sakit yanh saya alami dan macam mana untuk saya hilangkan rasa sakit tu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah koyak pada tendon/ ligamen
- masalah retak pada tulang bahu
- keradangan otot
- masalah autoimun melibatkan otot/otot kejang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.