
Sulit
4 tahun
Sakit tulang belikat
Saya wanita 20an. Saya mengalami sakit tulang dibahagian belikat. Terasa lenguh, kebas, pedih, nyeri dan mencucuk di bahagian kiri belikat. Saya sudah cuba melakukan senaman ringan, berehat dari melakukan kerja dan mengurangkan penggunaan telefon tetapi kesakitannya masih terasa sama hingga mengganggu aktiviti harian. Apakah langkah yang perlu saya ambil jika hal ini masih berlanjutan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belikat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belikat yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang - akibat postur duduk atau tidur tidak kondusif
- Kecederaan tulang belakang - akibat mengangkat benda berat atau kecederaan ketika bersukan
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang
Sekiranya masalah sakit ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih