
Sulit
4 tahun
Scan janin seawal usia
Salam doktor… Saya mengalami kekeliruan pd upt sy…boleh ke sy jmpa doktor utk scan seawal ini… Adakah janin boleh nampak pd usia 4-5 minggu? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ujian kehamilan (UPT) mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Sekiranya ujian kehamilan ini pernah menunjukkan positif, maka berkemungkinan besar anda hamil. Ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Berdasarkan keterangan di atas, tidak ada masalah untuk anda ke klinik atau hospital bagi memeriksa sama ada anda mengandung atau tidak. Namun begitu, ianya terlalu awal. Sekiranya anda ingin melakukan imbasan ultrasound, ianya terlalu awal kerana janin hanya boleh dilihat sekitar 5-6 minggu kandungan.
Saranan saya adalah untuk menunggu 2 minggu lagi. Sekiranya anda masih tidak datang haid, anda boleh melakukakan ujian UPT sekali lagi atau barulah anda berjumpa dengan doktor.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun, disebabkan kekeliruan yang berlaku, pemeriksaan terperinci perlu dilakukan sebelum kami memberikan sebarang kesimpulan. Hal ini kerana sukar bagi kami menilai atau menentukan tanpa maklumat dan pemeriksaan yang menyeluruh. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda sekali lagi dan memberikan aduan ini bagi mendapatkan penjelasan yang diperlukan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi bagi mendapatkan nasihat dan penerangan yang sewajarnya. Terima kasih