
Sulit
3 tahun
Sesak nafas , badan lemah lesu , sakit dada , jantung bedegup dengan laju
saya seorang remaja berumur 14 tahun , saya mula sakit dada pada 3 bulan yang lalu , tetapi sekarang sakit dada saya semakin kuat dan degupan jantung saya menjadi laju , setiap hari badan saya lemah dan lesu , saya juga sakit di bahagian yang tertentu iaitu di bahagian belakang , tengkuk , bahu dan upper stomach , adakah ini tanda saya mempunyai penyakit yang tertentu ?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kesakitan di bahagian dada dan jantung berdegup laju. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- senaman berat
- kafein
- nikotin daripada produk tembakau
- tekanan
- penyakit lemah jantung
- kurang darah merah
- masalah endokrin
- masalah psikologi
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti yang disebutkan di bawah:
- sukar bernafas
- pitam
- berpeluh
- demam
Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.