Sulit
6 tahun
Stroke darah tinggi kencing manis injap jantung sempit
Salam sejantera doc . Sy harap doc dapat bantu sy.ceritanya begini…
Ibu saya kadang menjadi seperti hilang arah tidak tahu ingin berkata apa dan tidak sedar apa yang ingin dia lakukan.dia juga kadang tidak ingat apa yg telah terjadi pada hal yang lepas.mulut nya menjadi bengkok ke kiri sedikit.keadaan ini terjadi dalam benerapa minit. Ibu saya merupakan pesakit jantung,injap jantung sempit. Ibu baru beberapa bulan yg lepas telah keluar ward kerana stroke ringan. Dan berada di ward memerlukan kos yg sngt banyak . Sy dari keluarga yg susah .apabila sy bawa ibu ke hospital kerajaan di daerah sy iaitu hospital tengku anis pasir puteh kelantan,hospital tersebut akn terus refer ibu ke hospital husm kota bharu yg berbayar. Dah kos disana sngatlah mahal.sy tidak mampu utk menanggungnya tolong sy doc apa yg harus sy lakukan .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai bantuan yang anda boleh dapatkan:
- bantuan zakat
- bantuan daripada jabatan kebajikan
- PEKESO
Kami merasakan sedang mengalami gejala stroke yang telah mengganggu fungsi otak serta otor dimuka. Rawatan yang ibu anda perlukan adalah rehabilitasi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






































