zbahmad109
5 tahun
Suntikan vaksin umrah untuk pesakit CKD
boleh ke ambil suntikan vaksin umrah untuk pesakit CKD? adakah selamat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, secara umum pesakit buah pinggang (CKD) mempunyai sistem imun yang rendah. Justeru, pemberian vaksin adalah amat digalakkan agar pesakit mampu melawan jangkitan virus-virus tersebut. Antara vaksin yang direkomendasikan untuk diberikan kepada pesakit buah pinggang adalah:
- Meningitis Meningokokkal
- Hepatitis A
Sementara itu, apabila seseorang mahu mengunjungi negara Arab Saudi untuk tujuan umrah, haji dan sebagainya, kerajaan Arab Saudi mewajibkan untuk pengunjung dan pelawat mendapatkan beberapa vaksinasi untuk mengelakkan penyebaran penyakit yang merbahaya disana seperti:
- Meningitis meningokokal
- Influenza
- Pneumokokkal
Justeru, melihat kepada senarai diatas, sebetulnya pemberian vaksin kepada pesakit CKD bukan sahaja selamat, malah amat digalakkan kerana kondisi pesakit CKD yang mudah terkena penyakit berjangkit. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.