erny_azlina
2 tahun
Suntikan bcg perlu ulang semula lah jika tiada patut di baju kiri bagi anak berurusan 17 tahun?
Anak saya berumur 17 thn.
Saya dapat dia tiada patut bcg
Semasa umur sethn dia pernah mengambil suntikan itu
Perlu lah anak saya mengambil suntikan bcg sekali lagi kerja ketiadaan patut bcg itu?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat puan, suntikan BCG diberikan bagi mencegah jangkitan TB atau tuberculosis. Sebelum ini suntikan BCG diberikan 2 kali seumur hidup iaitu ketika bayi dan ketika usia 12 tahun. Namun begitu, kini vaksin tersebut hanya diberikan ketika bayi dan tiada suntikan booster ketika 12 tahun diberikan.
Oleh itu, sekiranya anda telah mendapat suntikan ini ketika bayi, maka anda tidak perlu risau.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!