Sulit
2 tahun
Kuarantin selepas vaksin
Saya ingin bertanya kenapa perlu kuarantin selama 14 hari? Company tak bayar gaji kuarantin 14 hari. Macam mana ? Kerajaan tak cakap pun WAJIB kuarantin 14 hari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang diajukan.
Kami memahami kekeliruan yang anda hadapi mengenai keperluan kuarantin selepas vaksin. Namun tidak dijelaskan situasi sebenar anda sama ada adakah anda baru pulang dari luar negara atau memang hanya duduk di dalam negara selepas vaksin.
Berdasarkan kenyataan yang pernah dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham mengatakan individu yang pulang dari luar negara perlu melalui proses ujian saringan dan kuarantin berikutan perkembangan semasa kebelakangan ini menunjukkan varian baharu virus SARS-CoV-2 muncul di luar negara.
Justeru, ia dikhuatiri akan mengganggu keberkesanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang dijalankan di negara ini. Tambahan lagi, sesiapa yang telah menerima vaksin COVID-19 walau apa jenis sekali pun, boleh dijangkiti wabak ini kerana ia bukan 100 peratus (melindungi daripada dijangkiti).
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih