yanawinx84
2 tahun
Tiada Vaksin Rubella
Saya wanita berunur 36 tahun. Saya sudah ada 2 orang anak di mana saya tidak mempunyai vaksin rubella yang sepatutnya di ambil pada umur 15 tahun di sekolah menengah atas sebab saya tidak sihat masa itu. Saya ketika itu lupa untuk mengambil vaksin rubella sehingga saya mula mengandung anak pertama & saya juga tidak berkesempatan mengambil vaksin rubella kerana saya mengandung sekali lagi selepas setahun melahirkan anak pertama. Saya ingin meminta pendapat doktor, bolehkah saya mengambil vaksin rubella ketika saya masih lagi menyusukan anak no 2 sepenuhnya & perlukah kedua-dua anak saya mendapat rawatan untuk memastikan sama ada mereka mempunyai pentakit rubella atau tidak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, vaksin Rubella biasanya tersedia dalam bentuk MMR ataupun MR yang mana ia bermaksud ia diberikan sekalian dengan vaksin untuk penyakit mumps, measles dan rubella. Menurut jadual vaksin rekomendasi KKM, vaksin MMR akan diberikan sewaktu berusia 9 bulan dan 12 bulan dan booster MR sewaktu berusia 7 tahun.
Memandangkan anda ragu tentang status vaksinasi anda, anda adalah amat digalakkan untuk merujuk kepada doktor sakit puan anda untuk mendapatkan kepastian tentang keperluan pengambilan vaksin ini terutamanya ketika menyusukan bayi.
Merujuk kepada anak-anak anda, anda boleh membawa mereka untuk pemeriksaan dan merujuk buku vaksinasi untuk rekod jika mereka telah mendapat vaksin ini semasa bayi.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!