Sulit
2 tahun
Pneumococcal vaccine & influenza vaccine
Saya wanita berumur 22 tahun. Saya kerap demam dan boleh di kata setiap bulan akan demam dan saya juga ada sinus. Perlu atau tidak untuk saya mengambil pneumococcal dan influenza vaksin untuk diri saya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap individu terutama orang tua, pesakit cancer dan kanak-kanak adalah sangat digalakkan untuk mendapatkan vaksin bagi mengelakkan terkena penyakit influenza yang parah. Justeru, bagi kes anda, anda sangat digalakkan untuk mendapatkan vaksin tersebut. Silakan untuk mengunjungi klinik berdekatan dan mendapatkan konsultasi tentang vaksin-vaksin yang perlu anda dapatkan serta waktu yang sesuai untuk mendapatkannya.
Ada soalan tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!