Sulit
2 tahun
Perlukah kanak kanak yang sudah dijangkiti covid 19,divaksinkan
Anak-anak saya pernah dijangkiti covid19 pada tahun lepas. Sekarang sudah ada vaksin untuk kanak-kanak. Adakah anak-anak saya perlu untuk mengambil vaksin itu atau mereka telah mempunyai antibodi terhadap virus covid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pakar kesihatan mengesyorkan bahawa vaksinasi harus diberikan kepada masyarakat tanpa mengambil kira sejarah samada pernah dijangkiti COVID-19 dengan gejala mahupun tanpa gejala. Di samping itu, data dari ujian klinikal fasa 2/3 menunjukkan bahawa vaksinasi adalah selamat dan bermanfaat kepada individu yang pernah terkena jangkitan COVID-19.
Walau bagaimanapun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.