Sulit
2 tahun
Vaksinasi untuk pesakit temporal lobe epilepsy yang mengambil pelbagai ubat ubatan dan mempunyai maslaah kesihatan yang lain yang masih dalam penelitian
Hai, saya nak tanya, saya pesakit sawan (temporal lobe epilepsy) dan, gastrik serta sembelit yang mana sekarang masih menunggu untuk membuat scope samada saya gastrik kronik and so on. Disebabkan penyakit ni banyak ubatan yang saya ambil antaranya levetiracetam 1500mg, amitriptyline 25mg, propranolol 40mg, caffeine ergotamine tartrate dan beberapa ubat lain. Saya juga selalu mengalami migraine yang kadang-kadang serang tiba-tiba dan susah sembuh. So, saya nak tanya adakah penyakit yang saya ada dan/atau ubatan yang saya ambil menyebabkan saya tidak boleh divaksin?
Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda menghidapi penyakit temporal lobe epilepsy, gastrik dan sembelit, migrain dan sedang mengambil rawatan. Anda ingin mengetahui jika anda masih boleh divaksin.
Untuk makluman anda, keberkesanan vaksin bergantung kepada tahap imuniti badan. Sekiranya imuniti badan lemah dan seseorang mengambil vaksin, individu tersebut boleh mendapatkan kesan sampingan yang boleh membahayakan nyawa.
Memandangkan anda sedang mengambil beberapa jenis ubat, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor anda sebelum mengambil vaksin. Doktor akan membuat penilaian atas tahap kesihatan anda dan akan menasihati anda selanjutnya.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.