
Sulit
3 tahun
Suplemen terbaik untuk menurunkan kolestrol
Hi.manakah yg paling berkesan dlm membantu menurunkan kolestrol antara minyak ikan atau extra olive oil?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Umumnya minyak zaitun dan minyak ikan kedua-duanya berpotensi tinggi untuk meregulasi kadar kolestrol tubuh. Namun masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah pengubatan dan rawatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Berdasarkan kajian semasa, terdapat beberapa kaedah atau initiatif tambahan yang boleh dilaksanakan untuk mendapatkan tubuh yang lebih sihat, Antaranya termasuk
- pemakanan berkhasiat
- DASH diet
- rendah gula & garam
- kurang minyak & kolesterol
- bersenam atau mendapatkan berat badan ideal
- berbasikal
- jogging
- berenang
- mendapatkan rehat yang cukup
- jauhi tabiat merokok atau asap rokok
Tambahan lagi, setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Inginkan penjelasan lanjut daripada pakar? Dietitian kami sedia membantu anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.