Sulit
6 tahun
Tidak mengalami sebrg symptoms
Hi doktor, sy cuma nk dptkan kepastian. Sy baru balik dr korea on 5/3/20. So far sy x mengalami sbrg symptoms. Cuma nk dptkan panduan/guideline on what to do sbb my employer needs me to check on my health condition. So, before I proceed to any government facilities, can you advise me on what should I do? Tq in advance.
6 tahun
Hi, saya ambil maklum bahawa anda baru sahaja pulang dari Korea pada 5 March 2020. Untuk makluman anda, Korea antara negara yang mencatatkan jumlah kes yang tertinggi untuk COVID-19. Oleh itu, and dinasihatkan untuk melakukan kuarantin kendiri / self quarantine di rumah selama 14 hari dan memantau simptom seperti demam (suhu badan meningkat) dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Namun bersesuaian jika anda tidak mempunyai apa-apa simptom COVID-19. Jika anda menunjukkan sebarang simptom, anda hendaklah pergi ke klinik kesihatan ataupun hospital terdekat.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Diharapkan nasihat ini dapat membantu anda.






































