
Sulit
5 tahun
Ubat Himalaya Tentex Royal
Saya ada masalah ekjekulasi dan pra matang, adakah Tentex Royal Himalaya sesuai untuk saya amalkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tidak tahan lama boleh diertikan sebagai ejakulasi pramatang. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat rendah serotonin (sejenis neurotransmitter otak yang mengawal nafsu seksual)
- Usia (semakin tua dapat mempengaruhi rangsangan seksual)
- Psikologi seperti perasaan negatif memberi impak terhadap nafsu seksual
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak beberapa lama, dikhuatiri dapat menganggu rutin seksual dan juga mempengaruhi hubungan anda. Maka, adalah sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, perlu dikenalpasti penyebab masalah dahulu. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.