
Sulit
4 tahun
Vitamin C untuk pesakit Ovarian Cyst
Assalamualaikum doktor. Saya wanita berusia 30an dan mempunyai ovarian cyst. Saya ingin bertanya bolehkah saya mengambil supp Vitamin C…? Adakah Vitamin C tersebut boleh menjadikan cyst saya makin membesar? Terima kasih untuk maklumbalas doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setakat ini, tiada bukti dari klinikal yang menyatakan kesan pengambilan suplemen vitamin C terhadap perburukan penyakit ovarian cyst. Oleh itu, anda dibenarkan untuk mengambilnya tetapi dengan sukatan dos yang tepat dan tidak berlebihan.
Untuk info lebih mendalam tentang perkara ini, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih