Sulit
3 tahun
Apakah perbezaan keputihan biasa/normal dan keputihan mengandung
hello doctor, saya cuma nak tanya, apakah perbezaan keputihan biasa/normal dan keputihan mengandung? terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang perbezaan keputihan normal dan keputihan ketika sedang hamil.
Untuk pengetahuan anda, keputihan merupakan lendiran atau cairan yang keluar daripada vagina hasil tindak balas fisiologi untuk membawa keluar sel-sel mati dan bakteria di kawasan tersebut. Kuantiti keputihan boleh meningkat ketika seseorang wanita itu berada dalam fasa subur (ovulasi) atau ketika hamil akibat peningkatan hormon jenis estrogen.
Karakter keputihan yang normal mempunyai warna yang bening, tidak berbau dan berkonsistensi sedikit kental. Sekiranya terdapat perubahan karakter keputihan, ini boleh dianggap sebagai keputihan patologik atau simptom penyakit ginekologi seseorang wanita dan anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Antara tanda yang menunjukkan keputihan tidak normal adalah:
- Perubahan warna keputihan (kekuningan, kehijauan, keabu-abuan, kemerahan, atau kecoklatan)
- Berbau hanyir
- Kuantiti terlalu banyak daripada biasa
- Iritasi atau kegatalan
- Konsistensi yang terlalu kental
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal sekiranya anda mengalami perubahan karakter keputihan seperti diatas untuk mengelak berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.