Sulit
3 tahun
Apakah tanda-tanda stroke?
Hi doktor, saya nak tanya, teman lelaki saya selalu mengadu pergerakan tangan dia lemah, biasa buat kerja rumah atau masak macamtu, barang2 yg ada di tangan sering jatuh. Ada masa dia rasa otot tangan kaki kebas dan tidak ada rasa apa-apa. Dan untuk pengetahuan doktor, family dia ada yang kena penyakit stroke ni. Adakah itu petanda dia akan menghadapi penyakit stroke juga? Mohon penjelasan dari pihak doktor
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang penyakit strok. Namun, kami masih memerlukan maklumat lanjut daripada anda untuk mengenalpasti punca sebenar terhadap gejala yang anda alami.
Bagaimanapun, berdasarkan pertanyaan anda, secara umum, gejala strok adalah seperti berikut.
Gejala awal strok ini selalunya berlaku kepada pesakit secara tiba-tiba dan dikenali sebagai FAST iaitu:
F = Face (Muka)
Kedua-dua belah muka tidak sekata.
Pesakit boleh merasa kebas pada sebahagian muka, atau herot sebelah.
A = Arm (Lengan)
Sebelah lengan menjadi lemah atau tidak boleh diangkat.
Tangan pesakit menjadi lemah hingga tidak boleh diangkat atau tidak berdaya memegang sesuatu objek.
S = Speech (Percakapan)
Perkataan yang tidak jelas
Pesakit mungkin tidak boleh berkata-kata, tidak memahami percakapan, mengeluarkan ayat yang tidak tersusun atau ayat yang tidak mempunyai maksud.
T = Time (Masa)
Hubungi talian kecemasan atau datang ke hospital dengan segera
Maklumat mengenai FAST telah tersebar ke seluruh dunia bertujuan untuk memastikan semua golongan masyarakat sedar tentang simptom-simptom awal strok dan bertindak dengan segera.
Akan tetapi, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti gangguan saraf dan otot. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai pertanyaan berkenaan sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda menangani masalah strok .