Sulit
3 tahun
Bacaan Pulse Oximeter tidak menentu
Hai, saya aisyah berumur 23 tahun. Saya ingin bertanya berkenaan pulse oximeter (harga saya beli rm80 di farmasi). Saya tiada masalah kesihatan (saya harap tidak) kecuali gastrik, gerd dan anxiety. Saya selalu check oximeter dan selalunya saya dapat linkungan 99%… tetapi saya check lagi dan bacaan tidak menentu…kejap 99% kejap bawah 95%… kadang2 pernah 80++% tetapi saya tidak ada sesak nafas atau sakit dada… saya cuma rasa angin… Saya mengharapkan pendapat dr untuk buat saya lega.
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda di atas, kami memahami kerisauan anda mengenai bacaan oximeter yang tidak menentu. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat beberapa sebab untuk masalah anda. Antaranya :
- Oximeter palsu yang menunjukkan bacaan yang tidak tepat
- Cara penggunaan oximeter yang tidak betul
- Masalah hemoglobin seperti anemia
- Faktor lain yang boleh mempengaruhi bacaan oximeter seperti penggunaan nail polish dan hiperpigmentasi kulit
- Masalah kesihatan paru-paru seperti asma atau masalah jantung
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai bacaan spO2 anda supaya dapat mengetahui punca bacaan rendah oximeter anda. Anda boleh mendapatkan pandangan doktor kami secara atas talian sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.